Click Promotion !!!

Many Free Gift and Good News is waiting you. PLEASE CLICK !

Wednesday, April 10, 2013

Ibu kota tenggelam


KUALA LUMPUR: Hujan lebat selama sejam yang melanda Lembah Klang sejak 5.30 petang, menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir kilat.


Antara kawasan yang terjejas termasuk Jalan Tun Razak, Jalan Parlimen, Jalan Duta, Jalan Pudu, Jalan Cheras Lama, Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Segambut.
Jurucakap Bilik Gerakan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, hujan
lebat dan banjir kilat itu menyebabkan keadaan trafik sekitar ibu negara sesak teruk di beberapa laluan utama.
"Antara jalan yang mengalami kesesakan teruk adalah Jalan Tun Razak, Jalan
Duta, Jalan Mahameru, Jalan Kuching dan Lebuhraya Persekutuan," katanya. 

Sehingga ini, katanya, terdapat satu laporan membabitkan pokok tumbang di pekarangan parkir Masjid Negara dan pihak bomba serta petugas Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur sedang mengalihkan pokok berkenaan.

Katanya, tiada laporan kemalangan jiwa dilaporkan dan pemantauan kini
dilakukan di beberapa kawasan yang dilanda banjir kilat.

Jurucakap itu turut menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah berwaspada dan segera melaporkan kepada pasukan keselamatan jika kawasan rumah
mereka dilanda banjir kilat.

No comments:

Post a Comment