Click Promotion !!!

Many Free Gift and Good News is waiting you. PLEASE CLICK !

Sunday, February 9, 2014

KERAJAAN AKAN TERUS PERKASAKAN PENGUASAAN BAHASA INGGERIS - MUHYIDDIN

KERAJAAN AKAN TERUS PERKASAKAN PENGUASAAN BAHASA INGGERIS - MUHYIDDIN



MUAR, 8 Feb (Bernama) -- Kerajaan tidak akan meminggirkan penguasaan Bahasa Inggeris dan akan terus berusaha memperkasakan penguasaannya di kalangan murid-murid, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan berkata, walaupun ia hanya bahasa kedua tetapi ibu bapa di negara ini tetap mahukan anak-anak mereka meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris.

"Penguasaan Bahasa Inggeris itu amat penting jika kita mahu bersaing di peringkat global dan menerusi pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Nasional, kita sedang berusaha untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan murid-murid," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis ramah mesra warga pendidik Parlimen Pagoh di Kompleks Pekembar di Pagoh, yang turut dihadiri Ketua Setiausaha KPM YBhg. Datuk Dr. Madinah Mohamad dan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran YBhg. Dato' Sufaat Tumin.

Menurut Muhyiddin, Kementerian Pendidikan juga akan meningkatkan kemahiran guru Bahasa Inggeris dengan menghantar lebih ramai daripada mereka untuk menjalani kursus-kursus kemahiran dan pengajaran bahasa itu.

Tahun lepas, 5,000 guru Bahasa Inggeris menjalani kursus peningkatan kemahiran Bahasa Inggeris dan bilangan itu akan dipertingkatkan lagi pada tahun ini, kata Muhyiddin.

"Pada tahun ini pihak kementerian mensasarkan kira-kira 20,000 guru Bahasa Inggeris dihantar ke kursus-kursus meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris," kata beliau.

Menurut Muhyiddin, dalam lawatannya ke United Kingdom baru-baru ini beliau menemui pakar-pakar Bahasa Inggeris daripada Universiti Cambridge yang memuji tahap Pengajaran dan Pembelajaran bahasa itu di sekolah-sekolah negara ini oleh guru-guru tempatan.

Dalam kajian yang dijalankan oleh Universiti Cambridge itu, pakar terbabit menyatakan 37 peratus daripada guru Bahasa Inggeris tempatan memiliki tahap penguasaan kemahiran yang tinggi menyamai tahap yang dimiliki rakan-rakan mereka di United Kingdom di mana Bahasa Inggeris merupakan bahasa ibunda, katanya.

Hasil kajian Universiti Cambridge itu akan diserahkan kepada Kementerian Pendidikan pada Mac ini, kata Muhyiddin.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=1012895

No comments:

Post a Comment