Click Promotion !!!

Many Free Gift and Good News is waiting you. PLEASE CLICK !

Saturday, October 3, 2015

除了丹州‧西馬學校明起停課2天



(吉隆坡4日讯)教育部长拿督斯里马哈兹尔卡立通过社交媒体宣佈,由于国内烟霾情况严重,全国地区除了纳闽直辖区、吉兰丹、沙巴及砂拉越州的学校,皆从明日(週一)起停课两天,即10月5日及6日。 另外,吉打、登嘉楼及柔佛州学校于今日的下午班必须取消。 教育部长也指出,停课两天的学校无需进行补课。 无论如何,他说,所有政府会考包括PT3、SPM、STAM以及STPM都不会展期,而教育部会派发口罩给考生。除非烟霾进入紧急状态,教育部将监督后再另作决定。

Pengumuman: Semua sekolah di seluruh Malaysia diarah tutup selama dua hari (5 dan 6 Oktober 2015) kecuali sekolah-sekolah di negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Kelantan, Sarawak dan Sabah. Guru dan murid tidak perlu hadir ke sekolah.
2. Sekolah-sekolah terbabit TIDAK PERLU menggantikan persekolahan mereka akibat penutupan ini. 
3. PT3, STAM, SPM dan STPM 2015 akan diteruskan mengikut jadual. Calon-calon akan dibantu serta diberi peringatan agar sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berwajib semasa bencana jerebu.

Saturday, September 26, 2015

Jerebu: Sekolah Di Selangor, Kl, Putrajaya, Negeri Sembilan, Sebahagian Sarawak Ditutup Esok


PUTRAJAYA, 27 Sept (Bernama) -- Semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Sri Aman, Kuching dan Samarahan di Sarawak diarahkan ditutup esok berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang semakin buruk.


Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan hari ini berkata pemantauan berterusan di seluruh negara mendapati beberapa negeri dan bahagian hari ini mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat (201-300) dan tidak sihat (101-200).

Menurutnya pihak jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah bagi negeri dan bahagian terlibat hendaklah memaklumkan kepada sekolah-sekolah dan ibu bapa di kawasan masing-masing mengenai penutupan itu dengan kadar segera.

Setakat pukul 11 pagi tadi, lima kawasan mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat dengan Shah Alam mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 281; Batu Muda, Kuala Lumpur (256); Pelabuhan Klang (252), Petaling Jaya (232) dan Putrajaya (206).

Beberapa kawasan lain di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Sarawak mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu Banting (190), Sri Aman (188), Cheras (183), Kuala Selangor (168), Seremban (152), Samarahan (145), Nilai (144), Kuching (139) dan Port Dickson (131).

-- BERNAMA

教育部宣布雪隆森布城週一停课 包括砂3地区


(吉隆坡27日讯)由於霾害严重,教育部宣布雪兰莪、吉隆坡、布城、森美兰,以及砂拉越的斯里阿曼、古晋和三马拉汉週一(28日)停课。
教育部今日发文告表示,该部持续监督全国的空气污染指数,发现数个州属和地区的指数达到不健康,甚至非常不健康水平,而作出这项停课一天的公佈。
该部已指示相关的州教育局与县教育局通知学校和家长

Tuesday, September 15, 2015

Sekolah di Selangor, KL, Putrajaya, NS dan Melaka tutup Selasa Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/81918



PELAJAR Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Rambai pulang sambil menggunakan topeng menutup hidung dan mulut selepas tamat waktu persekolahan berikutan keadaan jerebu teruk yang melanda kawasan sekitar di Bukit Rambai, Melaka. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan 

KUALA LUMPUR: Semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka akan ditutup hari ini, 15 September berikutan keadaan jerebu yang semakin teruk. "IPU (Indeks Pencemaran Udara) menghampiri 200. Semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka ditutup esok 15.9.2015," menurut kenyataan Kementerian Pendidikan lewat malam ini. Pada satu majlis di Sintok, Kedah petang tadi, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sekolah hanya akan ditutup apabila IPU mencecah 200 dan Kementerian Pendidikan tidak bercadang menurunkannya kepada tahap IPU 150 sebagaimana diminta oleh beberapa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Katanya, penetapan tahap IPU pada 200 sebelum sekolah-sekolah ditutup itu merupakan prosedur yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan serta Jabatan Alam Sekitar. - BERNAMA

Tuesday, December 30, 2014

MUET成绩明年1月5日放榜

(吉隆坡30日讯)2014年11月份的马来西亚大学英文测试成绩将在明年1月5日放榜。
大马考试理事会文告指出,7万9457名考生可以在当天10时起,到各自学校或学院领取成绩单,而私人考生则可通过邮寄获取成绩。
考生也可通过短讯,输入MUETRESULT及传送到15888,或游览官网(http://mpm.edu.my )。
不满成绩的考生可以提出上诉,只须缴付70令吉要求重改试卷。
上诉截止日期是1月16日,而进一步详情可在理事会官网寻获。
此外,2015年7月大学英文测试报名则在明年1月5日开放至2月13日。
考生可通过理事会官网或 http://online.mpm.edu.my 进行线上报名。

Monday, December 15, 2014

查询中三评估 PT3(Pentaksiran Tingkatan 3)

从2014年开始,所有中学初中三学生都必须经历初中三评估(Pentaksiran Tingkatan 3),或者简称为PT3。
初中三评估(Pentaksiran Tingkatan 3)是2014年开始取代之前的初中评估考试(PMR)。 

2014年的初中三评估(Pentaksiran Tingkatan 3)成绩将在2014年12月22日(星期一)公布。 
2014年的初中三评估(Pentaksiran Tingkatan 3)成绩查询方法有3种,分别是亲自到学校领取成绩、手机查询法和网上查询法。 

手机简讯查询法: 
步骤1:打开手机简讯功能。 
步骤2:键入PT3,空格,身份证号码,空格,考试编号,然后发送到15888。 PT3 [IC Number] [Angka Giliran] send to 15888 例子: PT3 970504105797 AZ005Z005

网上查询法:
步骤1:浏览http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php 
步骤2:输入身份证号码
步骤3:选择年份和Sekolah Menengah。 
步骤4:点击Semak Laporan。


Monday, March 17, 2014

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

PEMBERITAHUAN 

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

18 March 2014
KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN
MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat prihatin terhadap isu pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah dibangkitkan oleh guru-guru.
PBS merupakan dasar yang melibatkan pentaksiran secara menyeluruh (holistik) terhadap pencapaian murid yang terangkum menerusi empat komponen pentaksiran iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Pusat (PP).
Selain itu PBS merupakan sistem pentaksiran yang akan digunakan bagi menjamin pencapaian seseorang murid supaya tidak lagi dinilai berasaskan peperiksaan semata-mata.
Jemaah Menteri pada Disember 17, 2010 telah bersetuju supaya PBS dilaksanakan sebagai sebahagian daripada program transformasi pendidikan. Pengoperasian PBS mula dilaksanakan di sekolah rendah  pada sesi persekolahan tahun 2011 dan sekolah menengah  pada sesi persekolahan tahun 2012.
Walaubagaimanapun, pada 11 Februari tahun ini, KPM telah membuat keputusan untuk menangguhkan PBS dan mengkaji semula pelaksanaannya.
Ini adalah kerana guru-guru  menyatakan bahawa mereka  dibebankan dengan kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat yang menjadi bebanan kepada mereka, manakala ibubapa pula tidak pasti bagaimana murid dinilai terutama pelajar tingkatan 3 tahun ini yang merupakan kohort pertama melalui PBS.
Penangguhan ini adalah untuk mengenalpasti permasalahan yang ditimbulkan ekoran daripada rungutan guru-guru dan ibu-bapa dan mengambil langkah-langkah yang perlu dan segera dalam penambahbaikan PBS.
Ekoran dari kajian semula PBS, KPM telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan beberapa siri perbincangan dan pertemuan dengan kesatuan-kesatuan guru serta beberapa kelompok guru-guru  untuk mendapatkan maklum balas dan membantu dalam memberi input kepada penambahbaikan PBS.

Isu-isu pelaksanaan PBS
Berdasarkan kajian KPM dan input daripada guru-guru dan kesatuan-kesatuan guru, didapati terdapat tiga isu utama  berkaitan perlaksanaan pentaksiran sekolah.

Pertama, ialah penggunaan Dokumen Standard Prestasi (DSP) yang menyebabkan guru terikat dengan bilangan pernyataan deskriptor dan pernyataan evidens yang banyak.   
Bagi menangani isu ini, KPM telah menetapkan DSP dipermudahkan menjadi Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid.
Guru mengajar menggunakan kurikulum kebangsaan yang dibangunkan berdasarkan tema, tajuk atau kemahiran mata pelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Guru seterusnya mentaksir perkembangan pembelajaran murid berdasarkan pemerhatian dan penilaian mereka sendiri dengan merujuk kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid tersebut.
Guru boleh merekodkan tahap penguasaan murid mengikut kesesuaian masa dan kaedah mereka sendiri. Perekodan ini menggambarkan perkembangan pembelajaran murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh dimaklumkan kepada ibu bapa. Dengan yang demikian, guru tidak lagi dibebankan dengan pengumpulan data dan evidens hasil kerja murid melalui pernyataan evidens yang terlalu kompleks.
Bagi ibu bapa yang ingin mengetahui tahap pencapaian anak-anak mereka, pihak sekolah boleh menyediakan pelaporan pencapaian dengan mengadakan ujian bulanan, peperiksaan pertengahan tahun atau peperiksaan akhir tahun sekolah.

Isu kedua ialah pengurusan fail yang rencam meliputi Fail Perkembangan Murid (FPM) dan Rekod Transit.
Bagi menangani masalah ini, guru tidak perlu lagi menyediakan FPM dan melengkapkan Rekod Transit. Perekodan perkembangan pembelajaran murid boleh dilakukan mengikut kesesuaian masa guru.

Ketiga, perekodan prestasi murid melalui Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) secara atas talian (online) yang sukar diakses dan memakan masa yang lama.

Oleh kerana bilangan pernyataan deskriptor dan evidens telah dikurangkan, secara otomatik guru-guru tidak akan dibebankan dengan kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat.   
Bagi memastikan guru memberi fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran, guru tidak perlu lagi mengisi data penguasaan murid menerusi SPPBS secara online seperti sebelum ini. Guru boleh merekodkan perkembangan pembelajaran murid secara offline.
Menerusi PBS juga, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Tingkatan 3 akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Ini bermakna tiada peperiksaan berpusat untuk pelajar Tingkatan 3 yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah.
PT3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan. Manakala mata pelajaran ScienceMathematics, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja. Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis (assignment), ujian amali (practical test), projek, kajian lapangan (field study) atau kajian kes (case study). 
Melalui PT3, pihak sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor terhadap pentaksiran tersebut berpandukan instrumen dan panduan peraturan penskoran yang setara (standardised) yang disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan (LP). LP dan pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan moderasi dan verifikasi sebelum pelaporan dikeluarkan.
Moderasi ialah suatu proses menyelaras markah yang diberi oleh beberapa orang pemeriksa ke atas hasil kerja murid bagi mendapatkan satu markah yang dipersetujui bersama. Persetujuan ini adalah berdasarkan peraturan pemarkahan yang disediakan dan merupakan prosedur untuk memastikan ketekalan (konsistensi) pemberian markah antara pemeriksa. Verifikasi pula ialah proses menentusahkan markah yang diperoleh murid adalah markah yang selayaknya diterima.

PT3 ini juga akan digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid-murid ke tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional. Di samping PT3, kemasukan ke sekolah-sekolah tersebut juga menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka.

Untuk memastikan PBS yand telah di tambahbaik ini dapat dilaksanakan dengan berkesan dan seperti yang dihasratkan, KPM akan mengadakan taklimat secara terperinci tentang konsep dan pelaksanaannya kepada pegawai-pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, pentadbir dan guru-guru.
Latihan adalah satu aspek utama dalam memastikan guru dapat melaksanakan pentaksiran. Oleh itu, KPM akan berusaha mengadakan latihan supaya guru memahami konsep pentaksiran dan mengamalkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.  Selain daripada itu, KPM juga akan mengadakan latihan bagi meningkatkan kemahiran guru memeriksa jawapan murid.

Penambahbaikan PBS akan di laksanakan mulai April 1.